Sunday 24 April 2011

Laporan Tahun TASKA

PENDAHULUAN

Semua Pemaju Masyarat (PM) yang berkhidmat di TASKA KEMAS Sg.Soi adalah PM yang telah diberikan kursus oleh Jabatan KEMAS Malaysia. Setiap tahun KEMAS bahagian Kukikulum dan Naziran akan menghantar PM menghadiri kursus untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan setiap PM yang berkhidmat. Antara kursus-kursus yang telah dihadiri ialah Kursus Pemantapan Asas TASKA dab Kursus Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang dianjurkan oleh JKM. Setiap PM TASKA KEMAS wajib menghadiri kursus JKM ini bagi mendapat lesen pengasuh dan diiktiraf oleh JKM.  
Pada tahun 2008 Isteri Perdana Menteri Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, yang ketika itu adalah Isteri Timbalan Perdana Menteri  yang juga Pengasas mengilhamkan Projek Permata. Beliau mencadangkan setiap TASKA KEMAS seluruh Malaysia menggunakan Pembelajaran & Pengajaran Permata. Dan alhamdulliah, pada tahun 2009 cadangan itu menjadi kenyataan. KEMAS menghantar
PM-PM seluruh Malaysia secara berperingkat-peringkat untuk menghadiri Kursus Pendidik Permata yang diadakan di Hotel Residence, Uniten Bangi selama sebulan. Selepas itu, mereka akan menjalani Pratikal di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) seluruh negara selama 2 minggu. Kumpulan terakhir yang menghadiri kursus tersebut adalah pada November 2009. TASKA KEMAS juga mendapat peruntukan menambahbaik bangunan sedia ada dan perabot-perabot dan alat Pembelajaran/Pengajaran yang dipilih sendiri oleh Pensyarah-pensyarah Permata. Kurikulum asal  Permata telah ditambah nilai dengan memasukkan elemen-elemen pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak yang diadaptasi daripada kokurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kurikulum Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak TASKA (SAPAKT) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Pada 4hb Januari 2010, TASKA KEMAS Sg.Soi dan seluruh Taska di Malaysia menggunakan sepenuhnya silibus Kurikulum PERMATA bersama-sama kokurikulum KEMAS dan kini dikenali sebagai TASKA Permata KEMAS Sg.Soi. Walaupun TASKA Permata KEMAS seluruh Malaysia menggunakan sepenuhnya Kurikulum Permata, tetapi masih lagi dibawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Oktober tahun 2010, unit pra sekolah daerah Kuantan telah berbincang dan bersetuju untuk melakukan rombakan penempatan PM besar-besaran yang melibatkan Taska untuk pertama kalinya sejak taska Kemas beroperasi di Kuantan (1997). Cikgu Dayang Suzana dan Cikgu Sharifah Rashidah sebelum ini bertugas di Taska Permata KEMAS Mat Kilau menggantikan 2 orang PM yang ditukarkan ke Taska lain. 
Pada 18hb April, sekali lagi Cikgu Sharifah Rashidah dipindahkan ke Taska Permata Kemas Sri Mentiga Sg.Isap mengantikan Cikgu Rohana yang berpindah ke Taska ini semula.

   WAKTU OPERASI

TASKA Permata KEMAS Sg.Soi beroperasi selama 5 hari seminggu dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
 TASKA Permata KEMAS Mat Kilau akan bercuti 2 kali setahun, minggu pertama cuti sekolah iaitu pada bulan Jun dan November ; tidak termasuk cuti-cuti umum dan cuti peristiwa.

 AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK TASKA PERMATA KEMAS SG.SOI

Bagi meningkatkan perkembangan dan mutu pertumbuhan kanak-kanak yang lebih sempurna kami pihak TASKA telah mengaturkan jadual harian untuk tujuan itu dengan panduan dari KEMAS dan PERMATA. Jadual tersusun adalah merangkumi :
i)        Perkembangan Fizikal & Koordinasi Motor
ii)       Bahasa & Literasi Awal
iii)     Sensori Pemahaman Dunia Persekitaran
iv)    Pra Matematik & Pemikiran Logik
v)     Sosio Emosi & Kerohanian
vi)    Kreativiti & Estetika

LAIN-LAIN

a.     Setiap tahun  Jabatan KEMAS akan membekalkan bantuan makanan kering tambahan seperti beras, minyak masak, sardin, mee hoon, gula, tepung, beras perang, nestum, dan bermacam lagi.
b.     Selain dari makanan tambahan, Jabatan KEMAS juga menampung sebahagian perbelanjaan  harian yang telah dibelanjakan oleh TASKA.
c.     Kelengkapan TASKA juga turut disediakan, dan pada tahun ini PERMATA membekalkan perabot, barangan elektrik dan bahan bacaan bagi kegunaan TASKA.
d.     Setiap3- 4 bulan sekali, pihak TASKA akan mengambil berat dan tinggi kanak-kanak bagi menentukan kandungan zan makanan (KZM) kanak-kanak dan memastikan mereka mendapat jumlah makanan yang seimbangan sesuai dengan usia dan jantina.
e.     Perlaksaan buku SMS, dimana buku ini adalah medium antara ibubapa dan pendidik bagi memaklumkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari, makanan/minuman yang diambil serta perkembangan kanak-kanak. Ibubapa perlu memaklumkan perkembangan anak-anak di rumah kepada guru dengan mencatat/menulis di dalam buku sms. Dengan ini interaksi dua hala itu lebih berkesan daripada interaksi satu hala sahaja.



PENUTUP

Pendidik-pendidik di sini menjaga dan menyayangi kanak-kanak yang dihantar seperti anak sendiri. Dan harapan kami agar kanak-kanak yang berada di bawah jagaan kami ini akan mendapat :-

Ø  Memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri kanak-kanak ke tahap yang optima dan cemerlang
Ø  Mendapat pendidikan non-formal yang sempurna mengikut tahap umur dan perkembangan sosioemosi serta fizikal yang selamat
Ø  Mendapat makanan dan taraf kesihatan yang seimbang dengan usia mereka
Ø  Dan dapat membina jati diri kanak-kanak serta membantu anak-anak bangsa terutamanya orang Melayu di kawasan luar dan pinggir Bandar


Disediakan Oleh,

Puan Suzana Dahlin
PM TASKA

No comments:

Post a Comment