Wednesday 12 October 2011

Aktiviti Berkelah

Hari ini ada aktiviti berkelah, pihak ibubapa telah maklumkan semalam. Terima kasih atas kerjasama pihak ibupapa, walaupun baru bagitau semalam, kerjasama penuh diberikan kepada kami. Terima kasih. Kami berkelah di kawasan Taska jer, di bawah pokok². Enjoy the pictures

baru nampak muka jurukameram, heheh

tengah memikirkan cara penyelesaian bagaimana nak keringkan air yang bertakung.

terlebih muatan ni.

akhirnya dapat idea macamana, guna tangan untuk sapu air.hehhe.good job kids


dah main kat taman, rest dulu.

Makcik Ani dan Cikgu Syam tengah kipas sate. Siapa kata pagi² hari tak boleh
makan sate, takde orang buat kami buat.hehehe

Makanan/Pot Luck yang dibekalkan oleh parents kepada anak²

Nyummm sedapnya


Tunjuk siapa dengan sate tu Urfan?



Cikgu Ana tukang kipas sate,ehhe




Sunday 25 September 2011

Contoh Design Baju Koprat TASKA


Ni ada contoh baju koprat tahun hadapan. Kepada Taska yang berminat nak join dengan kami. Tinggalkan komen

Monday 19 September 2011

Kemasukkan Kanak-Kanak 2012

Assalamualaikum W.B.T

Pendaftaran dah dibuka, kepada ibubapa yang bakal menghantar anak ke Taska Kemas Sg Soi, kami memerlukan komitmen daripada pihak anda. Sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila ada ibubapa gagal untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan dari awal tahun sehingga kini. Kepada ibubapa yang selalu datang, syabas kami ucapkan dan terima kasih sebab menyokong kami.  Terlebih dahulu saya mohon maaf, kepada pihak ibubapa yang gagal memberi sebarang kerjasama tanpa alasan yang kukuh, kami terpaksa menolak permohonan anda di masa hadapan. Saya terpaksa buat keputusan macamni bagi memberi peluang kepada ibubapa yang lain. 
 Harap Maklum.

Tuesday 26 April 2011

Our Schedules

JADUAL WAKTU KANAK-KANAK ( 4 TAHUN)
WAKTU
AKTIVITI
7.30 – 8.00 AM
MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK-KANAK DARIPADA IBUBAPA
8.00 – 8.30 AM
AKTIVITI BEBAS
8.30 – 8.45 AM
TIMELINE
8.45 – 9.00 AM
MINUM PAGI
9.00 – 9.30 AM
CIRCLE TIME  ** KUMPULAN BESAR
9.30 – 10.00 AM
NATURE WALK
10.00 – 10.30 AM
KUDAPAN PAGI
10.30 – 11.00 AM
AKTIVITI PERMATA (AKTIVITI TERSUSUN 6 KOMPONEN)
11.00 – 11.30 AM
AKTIVITI PERMATA (AKTIVITI TERSUSUN 6 KOMPONEN)
11.30 – 11.45 AM
TIME LINE (AKTIVITI BEBAS)
11.45 – 1.00 PM
MAKAN TENGHARI / KEBERSIHAN DIRI / PENJAGAAN DIRI
1.00 – 3.00 PM
WAKTU REHAT / TIDUR
3.00 – 3.30 PM
KEBERSIHAN DIRI / PENJAGAAN DIRI
3.30 – 4.00 PM
MINUM PETANG
4.00 – 5.00 PM
AKTIVITI PENAMAT / AKTIVITI RUTIN / BERCERITA
  


JADUAL WAKTU KANAK-KANAK 2 TAHUN / 3 TAHUN
WAKTU
AKTIVITI
7.30 – 8.00 AM
MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK-KANAK DARIPADA IBUBAPA
8.00 – 8.30 AM
AKTIVITI BEBAS
8.30 – 8.45 AM
TIMELINE
8.45 – 9.00 AM
MINUM PAGI
9.00 – 9.30 AM
CIRCLE TIME  ** KUMPULAN BESAR
9.30 – 10.00 AM
NATURE WALK
10.00 – 10.30 AM
KUDAPAN PAGI
10.30 – 11.00 AM
AKTIVITI PERMATA (AKTIVITI TERSUSUN 6 KOMPONEN)
11.00 – 11.45 AM
TIME LINE (AKTIVITI BEBAS) / AKTIVITI RUTIN
11.45 – 1.00 PM
MAKAN TENGAHARI / KEBERSIHAN DIRI / PENJAGAAN DIRI
1.00 – 3.00 PM
WAKTU REHAT / TIDUR
3.00 – 3.30 PM
KEBERSIHAN DIRI / PENJAGAAN DIRI
3.30 – 4.00 PM
MINUM PETANG
4.00 – 5.00 PM
AKTIVITI PENAMAT / AKTIVITI RUTIN / BERCERITA

   


Once a week every Thursday, we bath/play in the pool. So prepares your kids with the swim suit or proper attire. 

Seminggu sekali setiap khamis, kami akan mandi/bermain di dalam kolam. Jadi sediakan anak² anda dengan pakaiann mandi ataupun pakaian yang bersesuaian. 




Sunday 24 April 2011

Matlamat dan Objektif

MATLAMAT DAN OBJEKTIF TASKA PERMATA KEMAS


MATLAMAT


Matlamat TASKA PERMATA KEMAS adalah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek Pertumbuhan Perkembangan diri yang  cemerlang secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek sosial, fizial, intelek dan rohani (SEFIR)

OBJEKTIF

Objektif Taska Permata Kemas ialah untuk :-

1.         Menyediakan kemudahan dan peluang asuhan kepada anak-anak dalam suasana yang selamat, ceria dan kondusif
2.         Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh, seimbang dan bersepadu dari aspek sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
3.         Menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat
4.         Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil lagi
5.         Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal
6.         Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif
7.         Memperkembangkan perasaan ingin tahun melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah semasa meneroka ilmu pengetahuan
8.         Memperkembangan daya kreatif dan estika.

MEMBOLEHKAN IBU BAPA :
i.                     Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan yang sepadu dan berkesan untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan tenaga bagi meyuburkan potensi pendidikan anak yang cemerlang; dan
ii.                   Melahirkan idea-idea kreatif dan memberi komitmen untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti program TASKA.

Laporan Tahun TASKA

PENDAHULUAN

Semua Pemaju Masyarat (PM) yang berkhidmat di TASKA KEMAS Sg.Soi adalah PM yang telah diberikan kursus oleh Jabatan KEMAS Malaysia. Setiap tahun KEMAS bahagian Kukikulum dan Naziran akan menghantar PM menghadiri kursus untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan setiap PM yang berkhidmat. Antara kursus-kursus yang telah dihadiri ialah Kursus Pemantapan Asas TASKA dab Kursus Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang dianjurkan oleh JKM. Setiap PM TASKA KEMAS wajib menghadiri kursus JKM ini bagi mendapat lesen pengasuh dan diiktiraf oleh JKM.  
Pada tahun 2008 Isteri Perdana Menteri Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, yang ketika itu adalah Isteri Timbalan Perdana Menteri  yang juga Pengasas mengilhamkan Projek Permata. Beliau mencadangkan setiap TASKA KEMAS seluruh Malaysia menggunakan Pembelajaran & Pengajaran Permata. Dan alhamdulliah, pada tahun 2009 cadangan itu menjadi kenyataan. KEMAS menghantar
PM-PM seluruh Malaysia secara berperingkat-peringkat untuk menghadiri Kursus Pendidik Permata yang diadakan di Hotel Residence, Uniten Bangi selama sebulan. Selepas itu, mereka akan menjalani Pratikal di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) seluruh negara selama 2 minggu. Kumpulan terakhir yang menghadiri kursus tersebut adalah pada November 2009. TASKA KEMAS juga mendapat peruntukan menambahbaik bangunan sedia ada dan perabot-perabot dan alat Pembelajaran/Pengajaran yang dipilih sendiri oleh Pensyarah-pensyarah Permata. Kurikulum asal  Permata telah ditambah nilai dengan memasukkan elemen-elemen pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak yang diadaptasi daripada kokurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kurikulum Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak TASKA (SAPAKT) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Pada 4hb Januari 2010, TASKA KEMAS Sg.Soi dan seluruh Taska di Malaysia menggunakan sepenuhnya silibus Kurikulum PERMATA bersama-sama kokurikulum KEMAS dan kini dikenali sebagai TASKA Permata KEMAS Sg.Soi. Walaupun TASKA Permata KEMAS seluruh Malaysia menggunakan sepenuhnya Kurikulum Permata, tetapi masih lagi dibawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Oktober tahun 2010, unit pra sekolah daerah Kuantan telah berbincang dan bersetuju untuk melakukan rombakan penempatan PM besar-besaran yang melibatkan Taska untuk pertama kalinya sejak taska Kemas beroperasi di Kuantan (1997). Cikgu Dayang Suzana dan Cikgu Sharifah Rashidah sebelum ini bertugas di Taska Permata KEMAS Mat Kilau menggantikan 2 orang PM yang ditukarkan ke Taska lain. 
Pada 18hb April, sekali lagi Cikgu Sharifah Rashidah dipindahkan ke Taska Permata Kemas Sri Mentiga Sg.Isap mengantikan Cikgu Rohana yang berpindah ke Taska ini semula.

   WAKTU OPERASI

TASKA Permata KEMAS Sg.Soi beroperasi selama 5 hari seminggu dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
 TASKA Permata KEMAS Mat Kilau akan bercuti 2 kali setahun, minggu pertama cuti sekolah iaitu pada bulan Jun dan November ; tidak termasuk cuti-cuti umum dan cuti peristiwa.

 AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK TASKA PERMATA KEMAS SG.SOI

Bagi meningkatkan perkembangan dan mutu pertumbuhan kanak-kanak yang lebih sempurna kami pihak TASKA telah mengaturkan jadual harian untuk tujuan itu dengan panduan dari KEMAS dan PERMATA. Jadual tersusun adalah merangkumi :
i)        Perkembangan Fizikal & Koordinasi Motor
ii)       Bahasa & Literasi Awal
iii)     Sensori Pemahaman Dunia Persekitaran
iv)    Pra Matematik & Pemikiran Logik
v)     Sosio Emosi & Kerohanian
vi)    Kreativiti & Estetika

LAIN-LAIN

a.     Setiap tahun  Jabatan KEMAS akan membekalkan bantuan makanan kering tambahan seperti beras, minyak masak, sardin, mee hoon, gula, tepung, beras perang, nestum, dan bermacam lagi.
b.     Selain dari makanan tambahan, Jabatan KEMAS juga menampung sebahagian perbelanjaan  harian yang telah dibelanjakan oleh TASKA.
c.     Kelengkapan TASKA juga turut disediakan, dan pada tahun ini PERMATA membekalkan perabot, barangan elektrik dan bahan bacaan bagi kegunaan TASKA.
d.     Setiap3- 4 bulan sekali, pihak TASKA akan mengambil berat dan tinggi kanak-kanak bagi menentukan kandungan zan makanan (KZM) kanak-kanak dan memastikan mereka mendapat jumlah makanan yang seimbangan sesuai dengan usia dan jantina.
e.     Perlaksaan buku SMS, dimana buku ini adalah medium antara ibubapa dan pendidik bagi memaklumkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari, makanan/minuman yang diambil serta perkembangan kanak-kanak. Ibubapa perlu memaklumkan perkembangan anak-anak di rumah kepada guru dengan mencatat/menulis di dalam buku sms. Dengan ini interaksi dua hala itu lebih berkesan daripada interaksi satu hala sahaja.



PENUTUP

Pendidik-pendidik di sini menjaga dan menyayangi kanak-kanak yang dihantar seperti anak sendiri. Dan harapan kami agar kanak-kanak yang berada di bawah jagaan kami ini akan mendapat :-

Ø  Memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri kanak-kanak ke tahap yang optima dan cemerlang
Ø  Mendapat pendidikan non-formal yang sempurna mengikut tahap umur dan perkembangan sosioemosi serta fizikal yang selamat
Ø  Mendapat makanan dan taraf kesihatan yang seimbang dengan usia mereka
Ø  Dan dapat membina jati diri kanak-kanak serta membantu anak-anak bangsa terutamanya orang Melayu di kawasan luar dan pinggir Bandar


Disediakan Oleh,

Puan Suzana Dahlin
PM TASKA